Cari

merrytime

Cari

merrytime

merrytime

Malaysia Maritime Single Window: Langkah Pertama Satu-Klik Perdagangan Di Malaysia

Zulin Farur

1 Jun 2025

Sebagai entiti yang berpengalaman dalam industri maritim Malaysia selama dua dekad, saya melihat pelancaran Malaysia Maritime Single Window (MMSW) oleh YB Menteri Pengangkutan tahun ini sebagai titik penting dalam evolusi logistik negara. Sistem ini, yang menjanjikan “satu klik” untuk urusan perdagangan maritim, membawa bersama harapan, peluang, dan juga cabaran yang perlu kita hadapi dengan realistik.

MMSW: Apa yang Diharapkan

MMSW ialah sebuah platform digital bersepadu yang menghubungkan pihak berkepentingan maritim termasuk agensi kerajaan, pengendali pelabuhan, syarikat perkapalan, ejen penghantaran, kastam, dan pihak logistik. Konsepnya adalah mudah: semua proses dokumentasi, kebenaran, dan pertukaran data dilakukan melalui satu gerbang elektronik.

Dari perspektif seorang pengamal industri, manfaat yang dijangka termasuk pengurangan masa pemprosesan dokumen dari hari menjadi jam. Ia juga mampu menghapuskan pertindihan data yakni maklumat tidak perlu dimasukkan berulang kali. Ketelusan proses MMSW meminimakan ruang untuk amalan tidak beretika dengan keselarasan piawaiannya mematuhi standard IMO dan FAL Convention.

Pencapaian dan Perubahan Lama Dinanti

Selama bertahun-tahun, pemain industri maritim mengeluh tentang fragmentasi data dan proses. Ejen kapal terpaksa berurusan dengan pelbagai portal berasingan; satu untuk kastam, satu lagi untuk Jabatan Laut, dan sistem berasingan di setiap pelabuhan. MMSW akhirnya cuba memecahkan silo ini. Antara aspek positif yang patut dipuji ialah skop pendigitalan menyeluruh yang mengurangkan kebergantungan pada borang fizikal, meminimakan risiko kehilangan atau kesilapan. Keupayaan inter-operasi MMSW berpotensi diintegrasikan dengan sistem pelabuhan pintar dan pengesanan kargo. Ia dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi dengan masa pelepasan kapal dan pemunggahan kargo dapat dipendekkan. MMSW berpotensi menjadi daya tarikan pelabuhan Malaysia yang mungkin memperbaiki kedudukan kita sebagai hab perdagangan di rantau ini.

Ada Cabaran Yang Tidak Boleh Diabaikan?

Namun, pujian sahaja tidak mencukupi. Sebagai orang lama dalam industri, saya tahu bahawa teknologi sehebat mana pun tidak menjamin kejayaan tanpa pelaksanaan yang teliti. Terdapat beberapa perkara yang membimbangkan termasuklah kesediaan infrastruktur yang mana tidak semua pelabuhan dan terminal di Malaysia mempunyai tahap automasi atau rangkaian yang sama. Hal ini juga harus dilihat dari aspek kapasiti pengguna sedia ada kerana banyak pemain industri kecil dan sederhana (SME) mungkin tidak mempunyai sumber atau kepakaran IT untuk mengoptimumkan penggunaan sistem baharu. Integrasi antara agensi MMSW hanya akan berfungsi jika semua agensi benar-benar menggunakannya dan menghapuskan saluran manual lama. Apa yang tidak diketahui pengguna ialah hampir kesemua sistem-sistem di belakang MMSW masih berfungsi dan dilaksanakan secara tersendiri oleh agensi penguatkuasa yang berkenaan. Soal keselamatan siber? Pengumpulan data perdagangan pada satu platform menjadikan MMSW sasaran yang menarik bagi serangan siber dengan tidak seragamnya kesemua daya tahan sekuriti yang digunakan oleh setiap sistem di belakangnya.

Langkah Ke Hadapan

Berdasarkan pengalaman, kejayaan MMSW akan bergantung pada tiga faktor utama, pertamanya, latihan dan kesedaran industri. Program latihan praktikal kepada semua pemain industri, khususnya SME, serta manual penggunaan berbilang bahasa dan pusat sokongan 24/7. Fasa integrasi bertahap yang telah dimulakan dengan pelabuhan utama sebelum berkembang ke pelabuhan kecil, dengan ujian rintis untuk mengenal pasti kelemahan seperti sedang dalam proses yang baik tetapi apakah jaminannya pelabuhan penting yang lain yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan seperti di Malaysia timur termasuklah jeti-jeti milik persendirian? Kerjasama-kerjasama strategik dan proses pembelajaran melalui pengalaman negara lain yang berjaya dan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ciri baharu tidak boleh terhenti terus; ia mestilah diteruskan walaupun ia melibatkan kos yang tinggi untuk Kerajaan.

Kesimpulan

MMSW adalah langkah berani ke arah pendigitalan penuh ekosistem maritim Malaysia. Ia mempunyai potensi untuk mengurangkan kos, mempercepatkan perdagangan, dan meningkatkan daya saing negara. Tetapi kejayaan sebenar tidak diukur pada hari pelancaran, ia diukur pada sejauh mana pemain industri dapat menggunakannya tanpa halangan. Dalam dunia maritim, kita tahu bahawa pelayaran yang baik bermula dengan haluan yang tepat. MMSW sudah menetapkan haluan itu. Sekarang, kita perlu memastikan kapal ini dilengkapi, dikemudi dengan baik, dan mampu mengharungi gelombang cabaran di hadapan.

Zulin Farur
1 Jun 2025

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Berkolaborasi dengan kami serendah RM188 sahaja.

Blok Kad Media ini menawarkan ruang yang boleh disesuaikan untuk iklan anda, membolehkan anda memperibadikannya dengan kandungan, gambar, dan seruan untuk bertindak anda sendiri. Tonjolkan produk anda atau arahkan pengunjung ke salah satu projek anda yang lain dengan mudah.

Temui denyut nadi dunia maritim dengan Merrytime, destinasi utama anda untuk liputan berita terkini mengenai Malaysia dan global. Selami pelbagai topik, daripada kejadian tempatan kepada hal ehwal global marin, peraturan perkapalan, isu perdagangan, dan banyak lagi. Di Merrytime, kami menyampaikan artikel berita yang boleh dipercayai, komprehensif, dan mendalam yang membolehkan anda kekal dimaklumkan dan terlibat dengan isu-isu yang membentuk dunia kita.

Alami perspektif baru tentang perkhidmatan maritim yang sangat pantas terutamanya dengan prosedur dan pelesenan yang berkaitan dengan pihak berkuasa maritim. Jika anda ingin cemerlang dengan cara yang paling cepat dalam organisasi maritim anda, bersiaplah dengan kursus latihan maritim kami yang cemerlang yang disampaikan oleh pengajar yang berpengalaman lebih 20 tahun.

HAK CIPTA © MERRYTIME 2025.

HAK CIPTA © MERRYTIME 2025.

HAK CIPTA © MERRYTIME 2025.

MERRYTIME

MENU

MERRYTIME

MENU

MERRYTIME

MENU