Cari

Cari

IMO Net-Zero Framework vs Sektor Perkapalan Serantau Malaysia

Zulin Farur

19 Okt 2025

Kerangka IMO Net-Zero (NZF) 2050 yang diluluskan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menandakan anjakan besar dalam dasar perkapalan global ke arah kelestarian alam sekitar. Matlamat utamanya ialah memastikan sektor maritim dunia mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang pertengahan abad ini. Walaupun objektif ini selaras dengan Paris Agreement dan aspirasi global menangani perubahan iklim, pendekatan serta realiti pelaksanaannya menimbulkan pelbagai persoalan terhadap kesediaan, keadilan dan implikasi ekonomi, terutamanya bagi negara sedang membangun seperti Malaysia.

Dari perspektif positif, kerangka ini memberi dorongan besar kepada inovasi teknologi hijau dan transformasi industri perkapalan ke arah kelestarian jangka panjang. Ia merangsang pembangunan bahan api alternatif seperti metanol, ammonia dan hidrogen, serta penggunaan sistem kecekapan tenaga yang lebih canggih. Malaysia berpotensi menjadi peneraju serantau dalam bidang ini melalui strategi Ekonomi Biru, inisiatif Pelabuhan Hijau, dan projek Green Shipping Corridor di Selat Melaka. Pendekatan ini juga boleh memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab logistik maritim dan pelabuhan antarabangsa yang mematuhi piawaian alam sekitar global.

Namun demikian, dari segi praktikal dan keadilan ekonomi, IMO NZF membawa cabaran besar kepada negara-negara membangun. Industri perkapalan Malaysia, yang kebanyakannya terdiri daripada armada kecil dan sederhana, berdepan kekangan kewangan, teknologi, dan sumber manusia untuk memenuhi piawaian baharu ini. Kos transformasi kapal, penukaran sistem enjin, dan penggunaan bahan api hijau masih terlalu tinggi. Infrastruktur sokongan seperti stesen bahan api hijau, kemudahan penyimpanan dan rangkaian logistik turut belum dibangunkan sepenuhnya di rantau ini.

Tambahan pula, dasar IMO ini dilihat masih mengekalkan jurang antara negara maju dan membangun. Negara-negara maju memiliki kelebihan dari segi teknologi, akses dana karbon dan kuasa pasaran untuk melaksanakan peralihan tenaga secara agresif. Sebaliknya, negara seperti Malaysia terpaksa menanggung kesan ekonomi terhadap kos operasi yang meningkat, yang akhirnya boleh memberi tekanan kepada kadar tambang, daya saing pelabuhan, serta kebajikan pelaut dan pengusaha kecil.

Kita juga menyedari bahawa IMO sedang menilai cadangan mewujudkan Global Maritime Emissions Pricing Mechanism, iaitu seolah-olah seperti sistem levi karbon ke atas pelepasan karbon daripada kapal, bertujuan menggalakkan penggunaan bahan api hijau dan membiayai peralihan tenaga maritim. Cadangan tersebut termasuk pembayaran levi berdasarkan kadar pelepasan setiap tan karbon. Walau bagaimanapun, masih terdapat perbezaan pandangan antara negara maju dan membangun mengenai kadar, pelaksanaan serta agihan hasil levi yang dianggap belum adil kepada negara sedang membangun seperti Malaysia.

Dalam konteks undang-undang dan dasar serantau, Malaysia perlu mendepani isu ini melalui pendekatan pragmatik berasaskan prinsip Common But Differentiated Responsibilities (CBDR) seperti yang digariskan dalam UNFCCC. Perancangan transisi karbon perlu bersifat berperingkat dan disokong oleh kerjasama serantau ASEAN, mekanisme pembiayaan hijau, serta pemindahan teknologi yang adil. Walau bagaimanapun, harus tidak diabaikan bahawa masih terdapat jurang ekonomi perkapalan yang besar walaupun dalam konteks ASEAN itu sendiri. Keputusan terkini rundingan semasa mesyuarat tergempar MEPC di IMO dengan undian yang amat sengit antara negara Anggotanya, akhirnya memberikan hasil yang tidak progresif dan kondusif iaitu perbincangan berkenaan pengesahan penguatkuasaan IMO NZF akan ditangguh untuk tempoh satu (1) tahun lagi.

Kesimpulannya, IMO NZF merupakan inisiatif penting ke arah perkapalan lestari, namun pelaksanaannya mesti mengambil kira keseimbangan antara tanggungjawab global dan realiti ekonomi serantau. Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengikut kepada dasar antarabangsa, tetapi harus berperanan aktif menggubal strategi kebangsaan yang inklusif, progresif dan mampan agar transformasi hijau maritim ini benar-benar menjadi peluang dan bukanlah beban kepada masa depan industri perkapalan negara.

Zulin Farur
19 Oktober 2025

JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG ADA

Berkolaborasi dengan kami serendah RM188 sahaja.

Blok Iklan ini menawarkan ruang yang boleh disesuaikan untuk iklan anda, membolehkan anda memperibadikannya dengan kandungan, gambar, dan panggilan untuk bertindak anda sendiri. Tunjukkan produk anda atau arahkan pengunjung ke salah satu projek anda dengan mudah.

Semua berita dan artikel kekal sebagai hak cipta pengarang dan penerbit asal mereka. Kami memberikan kredit, petikan, dan pautan sumber yang betul. Merrytime tidak menuntut pemilikan mana-mana kandungan pihak ketiga. Kami berfungsi sebagai pengumpul maklumat. Semua tanda dagang, logo, artikel, dan bahan hak cipta kekal sebagai harta eksklusif pemilik masing-masing.

Semua berita pihak ketiga, petikan dan tajuk yang dipaparkan di web hanya digunakan untuk rujukan dan komentar pendidikan. Hak cipta kekal dengan penerbit asal. Kami tidak menjana pendapatan ke atas kandungan hak cipta milik orang lain.

Permintaan untuk kemas kini atau pemadaman kandungan akan dipenuhi dengan segera. Jika mana-mana penerbit memerlukan pengubahsuaian atau penghapusan bahan yang tersiar, sila hubungi kami segera.

MERRY. MARITIME. MASTERY

MERRY. MARITIME. MASTERY

MERRY. MARITIME. MASTERY

MERRYTIME

MENU

MERRYTIME

MENU

MERRYTIME

MENU