Cari

Cari

Keperluan Mendesak Mewujudkan Satu Akta Perkapalan Negara

Zulin Farur

13 Apr 2025

Pelancaran Malaysia Law Revision & Reform Committee (MLRRC) oleh YB Menteri Pengangkutan pada Jun 2025 adalah peluang bersejarah untuk melakukan reformasi menyeluruh termasuk mewujudkan Satu Akta Perkapalan Negara yang moden, komprehensif, dan seragam.

Mengapa Akta Perkapalan Negara Diperlukan

Hari ini, perundangan maritim kita bersandarkan kepada beberapa instrumen undang-undang utama: Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa perundangan kepada Persekutuan dalam hal ehwal perkapalan dan pelayaran; Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) digunakan di Semenanjung Malaysia; Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sarawak– selepas ini ditulis sebagai ‘MSO 60 Sarawak’) digubal khusus untuk Sarawak; manakala Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah– selepas ini ditulis sebagai ‘MSO 60 Sabah’) khusus untuk Sabah.

Walaupun intipati ketiga-tiga ordinan perkapalan ini berasaskan kerangka undang-undang yang sama, wujud perbezaan ketara dari segi pindaan, pelaksanaan, dan skop kuasa. Ini menyebabkan penguatkuasaan yang tidak seragam di antara wilayah, seterusnya menimbulkan kekeliruan kepada pemain industri.

Analisis Ringkas Perbandingan

Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan, memperuntukkan bidang kuasa penuh kerajaan Persekutuan terhadap hal ehwal perkapalan dan pelayaran, termasuk pelabuhan dan keselamatan maritim. Namun, ia tidak merinci kandungan teknikal yang tugas ini diserahkan kepada akta atau ordinan khusus.

MSO 1952 merangkumi pendaftaran kapal, keselamatan pelayaran, kelayakan dan sijil nakhoda/kru, pengawalan pelayaran, serta penguatkuasaan undang-undang antarabangsa maritim (SOLAS, MARPOL). Walaupun telah dipinda beberapa kali, sebahagian besar peruntukan masih menggunakan istilah dan prosedur lapuk, tidak sejajar dengan perkembangan teknologi.

MSO 60 Sarawak serupa dengan versi 1952, tetapi mempunyai peruntukan khas berkaitan pentadbiran pelabuhan tempatan dan hak-hak tradisi perairan. Pindaan tempatan juga dilaksanakan berbeza berbanding Semenanjung. Manakala MSO 60 Sabah juga berasaskan kerangka yang sama tetapi memasukkan peruntukan khusus berkaitan kawalan perairan bersempadan, isu perikanan tradisional, dan kapal luar pesisir. Kesimpulannya tiga set undang-undang berbeza ini mewujudkan pertindihan kuasa, kekeliruan perundangan, dan jurang pematuhan antarabangsa yang tidak boleh disangkal lagi.

Kepentingan & Kritikan MLRRC

Pujian kepada MOT atas langkah MLRRC kerana keberanian memulakan reformasi yang bakal menggugat status quo undang-undang berusia lebih 60 tahun ini Pendekatan inklusif dengan cara menjemput penyertaan pihak industri, akademik, dan penguat kuasa adalah kaedah yang tidak asing lagi untuk revolusi ini dilaksanakan. Kesedaran piawaian global juga penting bagi memastikan undang-undang selari dengan IMO, UNCLOS, dan konvensyen antarabangsa lain.

Namun, terdapat beberapa kelemahan awal yang boleh terus dikesan. Pertama, ruang lingkup terlalu luas mampu mewujudkan risiko fokus terjejas dan terpecah. Dengan tiada garis masa jelas dan kepatuhan optimum terhadap tempoh pelaksanaanya, reformasi undang-undang boleh mengambil masa terlalu lama. Penetapan suatu garis masa yang singkat hanya akan mencacatkan hasil draf perundangan yang tergesa-gesa, tidak terangkum dan dikhuatiri tidak boleh dilaksanakan secara menyeluruh. Cabaran penyelarasan wilayah-wilayah di Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak memerlukan perundingan teliti bagi harmonisasi undang-undang kerana hal ini melibatkan sebahagian kuasa autonomi yang sah kepada mereka.

Ke Mana Akta Ini Harus Terarah?

Satukan peruntukan ordinan ke dalam satu undang-undang bersepadu sememangnya langkah moden yang amat diperlukan. Walau bagaimanapun, usaha ini bukanlah inisiatif yang baharu dimulakan pada tahun ini. MSO 60 Sarawak dan MSO 60 Sabah mempunyai tunjang yang amat rapat dengan kuasa yang diberikan sejak era kolonial lagi. Dengan MSO 60 jugalah kesemua aktiviti pelabuhan dan perkapalan domestik di negeri Sabah dan Sarawak kekal distrukturkan mengharungi perdagangan dalam negeri mereka sehingga hari ini tanpa bergantung sepenuhnya kepada MSO 52 serta kuasa persekutuan.  

Langkah awal yang dilihat perlu adalah memodenkan bahasa dan proses dahulu, agar sejajar teknologi maritim masa kini. Mandatorikan harmonisasi piawaian IMO di semua wilayah dengan rejim perundangan laut sedia ada, walaupun tidak menemukan titik tengah untuk satu undang-undang bersepadu. Kita memerlukan satu undang-undang perkapalan yang menjadi rujukan tunggal, jelas, dan konsisten di seluruh negara. Malaysia tidak boleh terus beroperasi dengan kerangka undang-undang berpecah-pecah yang mengekang integrasi maritim nasional, lebih-lebih lagi ketidak seragaman dalam adaptasi konvensyen dan instrumen perkapalan antarabangsa. Perkukuh mekanisme penguatkuasaan dan audit merupakan langkah jangka pendek yang boleh direalisasikan dengan mudah.

MLRRC telah menghidupkan perbincangan penting ini yang dinanti setelah bergenerasi. Tugas seterusnya adalah memastikan wujudnya Akta Perkapalan Negara yang menyatukan undang-undang maritim Malaysia, memodenkan peraturan lama, dan memacu negara ke arah status hab maritim global, tanpa menggangu-gugat kuasa-kuasa sedia ada khususnya di negeri Sabah dan Sarawak.

Zulin Farur
13 April 2025

JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG ADA

Berkolaborasi dengan kami serendah RM188 sahaja.

Blok Iklan ini menawarkan ruang yang boleh disesuaikan untuk iklan anda, membolehkan anda memperibadikannya dengan kandungan, gambar, dan panggilan untuk bertindak anda sendiri. Tunjukkan produk anda atau arahkan pengunjung ke salah satu projek anda dengan mudah.

Semua berita dan artikel kekal sebagai hak cipta pengarang dan penerbit asal mereka. Kami memberikan kredit, petikan, dan pautan sumber yang betul. Merrytime tidak menuntut pemilikan mana-mana kandungan pihak ketiga. Kami berfungsi sebagai pengumpul maklumat. Semua tanda dagang, logo, artikel, dan bahan hak cipta kekal sebagai harta eksklusif pemilik masing-masing.

Semua berita pihak ketiga, petikan dan tajuk yang dipaparkan di web hanya digunakan untuk rujukan dan komentar pendidikan. Hak cipta kekal dengan penerbit asal. Kami tidak menjana pendapatan ke atas kandungan hak cipta milik orang lain.

Permintaan untuk kemas kini atau pemadaman kandungan akan dipenuhi dengan segera. Jika mana-mana penerbit memerlukan pengubahsuaian atau penghapusan bahan yang tersiar, sila hubungi kami segera.

MERRY. MARITIME. MASTERY

MERRY. MARITIME. MASTERY

MERRY. MARITIME. MASTERY

MERRYTIME

MENU

MERRYTIME

MENU

MERRYTIME

MENU